Malaysian University English Test (MUET)

  
Malaysian University English Test


Malaysian University English Test (MUET)
mula dilancarkan pada tahun 1999 di bawah pentadbiran Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Malaysian University English Test adalah ujian untuk menguji tahap kecekapan bahasa Inggeris dan menjadi syarat wajib untuk seseorang mahasiswa atau mahasiswi untuk mendapat status 'graduated' !

MUET diadakan sebanyak dua kali setiap tahun iaitu pada bulan April dan Mei. Walau bagaimana pun bermula tahun 2012 ujian MUET dijalankan sebanyak tiga kali setahun, iaitu pada bulan MacJulai, dan November.
Calon-calon boleh mendaftar melalui kolej atau universiti masing-masing atau melalui Jabatan Pelajaran Negeri dan perlu membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM60. Juga pendaftaran calon sekolah/institusi dibuat secara online melalui laman Web MPM www.mpm.edu.my atau http://www.mesp.gov.my/online
MUET berbeza dari International English Language Testing System (IELTS) dan English as a Foreign Language (TOEFL) yang boleh diterima secara global sebagai certification of  English language proficiency atau sijil kecekapan berbahasa Inggeris.MUET hanya diterima oleh universiti-universiti dalam Malaysia dan Singapore sahaja seperti National University of Singapore, Nanyang Technological University dan Singapore Management University.
MUET mengandungi empat komponen penting iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Untuk mengetahui tarikh pendaftaran dan tarikh ujian MUET 2012 anda boleh layari laman web rasmi MPM ini.





                                                             

No comments:

Post a Comment