Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris (MUET)





Untuk memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris usaha yang berpanjangan adalah amat diperlukan.Di sini terdapat 3 cara mudah yang boleh dipraktikkan.
1.   Tulis blog menggunakan Bahasa Inggeris.
  • Seseorang blogger yang ingin menguasai Bahasa Inggeris, boleh menggunakan kepakarannya untuk membina sebuah blog Bahasa Inggeris.
  • Menulis entri untuk blog Bahasa Inggeris secara tidak langsung memberikan pendedahan dan latihan penulisan kepada blogger tersebut. Ketika sedang menulis, pasti ada kalanya anda tercari-cari perkataan yang sesuai bagi menggambarkan sesuatu perkara. Anda akan merujuk kamus  dan secara tidak langsung, proses pembelajaran sedang berlaku.
  • Ketepikan seketika masalah tatabahasa dan lain-lain. Yang penting sekarang ini ialah berlatih menulis dalam Bahasa Inggeris. Pilihlah tajuk-tajuk menarik agar timbul minat untuk menulis, sebagai contoh tajuk “Why I want to be rich?”
2.  Menyanyi lagu Bahasa Inggeris semasa karaoke
  • Hobi ini juga dapat membantu memahirkan penguasaan Bahasa Inggeris. Bernyanyi karaoke mendedahkan anda kepada sebutan sesuatu perkataan itu. Cara sebutan perkataan mungkin sedikit berbeza kerana ia disebut mengikut irama tetapi sekurang-kurangnya anda dapat belajar Bahasa Inggeris dengan cara yang anda suka.
 3.  Menonton siaran Kartun di televisyen
  •  Jika anda suka menonton televisyen, pasti anda sukakan cara ini. Menonton televisyen ternyata dapat membantu meningkat penguasaan Bahasa Inggeris. Cuba tonton siaran kartun seperti Spongebob atau Upin Ipin dalam Bahasa Inggeris.
  • Anda tidak akan berasa bosan terutama jika anda menonton bersama anak-anak. Disamping belajar perbendaharaan kata serta sebutan, anda juga dapat meluangkan masa bersama anak-anak anda.
Sebenarnya banyak cara yang anda boleh gunakan untuk memahirkan penguasaan Bahasa Inggeris anda. Apa yang penting ialah usaha dan tidak mudah putus asa.

http://bit.ly/panduan-muet

DAPATKAN SEGERA!!
Panduan Lulus Cemerlang MUET




No comments:

Post a Comment