Enam Cara Mudah Tingkatkan Tahap IQ


Otak merupakan anggota badan manusia yang sangat penting. Seperti anggota badan yang lain, otak juga memerlukan senaman. Jika otak dijaga dengan baik, daya pemikiran seseorang itu boleh menjadi hebat. Dia juga akan mempunyai daya fokus yang tinggi.

Namun, otak yang jarang digunakan atau sering terdedah kepada persekitaran yang negatif akan menyebabkan daya pemikiran seseorang itu menjadi lemah.

Enam Cara Mudah Tingkatkan Tahap IQ:

1.Kurangkan menonton televisyen 

Menonton televisyen sebenarnya tidak memberikan sebarang faedah kepada otak manusia. Sebaliknya seseorang itu akan berasa letih kerana menumpukan perhatian kepada sinaran terang yang terpancar dari kaca televisyen tersebut.
 Mata juga akan keletihan. Ini menyebabkan hilangnya mood untuk membaca buku dan meningkatkan ilmu pengetahuan.

2.Senaman 

Bersenam juga boleh meningkatkan tahap IQ. Semasa bersenam, otak akan menyerap banyak oksigen. Seterusnya tenaga terbentuk yang boleh meningkatkan produktiviti.

3.Membaca buku yang mencabar minda 

Ramai yang suka membaca buku-buku bercorak suspen tetapi pada hakikatnya, buku-buku seperti ini kurang meransang minda.
Cuba beralih kepada novel-novel klasik kerana buku jenis ini mampu mengubah pandangan pembaca terhadap sesuatu isu yang diketengahkan.

4.Tidur awal, bangun awal 

Tidur sangat penting untuk tubuh badan. Tidur yang mencukupi dapat meransang otak untuk menjadi lebih produktif . Jangan tidur lewat. Seseorang yang tidak mendapat tidur yang cukup akan hilang daya tumpuan dan merendahkan daya tumpuan.

5. Muhasabah diri 

Kesibukan menjalani kehidupan seharian amat memenatkan. Tubuh badan serta otak memerlukan masa untuk berehat. Cari masa yang sesuai. Cuba lupakan seketika tugasan harian.
Luangkan masa untuk diri sendiri serta tenangkan fikiran. Kaji semula jadual serta tanggungjawab agar kehidupan lebih teratur.

6. Membaca Al-Quran Bagi Yang Beragama Islam

Dengan membaca al-Quran, hati kita akan menjadi bersih dan IQ kita akan meningkat. Ada yang mengatakan dia tidak faham maksud sekirannya membaca al-Quran. Dia menganggap perkara itu sia-sia. Sebenarnya tidak sia-sia. Membaca al-Quran walaupun tidak memahami maksud, hati kita tetap menjadi bersih dan ilmu yang bakal dipelajari mudah untuk kita terima.

Cuba ikuti cara-cara yang dicadangkan di atas agar tahap IQ serta daya tumpuan dapat ditingkatkan.

No comments:

Post a Comment