Slip Keputusan MUET Anda Hilang. Jangan Panik, Ini Caranya.


Calon yang kehilangan slip keputusan MUET boleh memohon untuk mendapatkan Penyata Keputusan MUET yang sah daripada Majlis Peperiksaan Malaysia. Bayaran sebanyak RM20.00 (jika permohonan kali pertama) atau RM30.00 (jika permohonan kali kedua) atau RM50.00 (jika permohonan kali ketiga dan seterusnya) akan dikenakan.

Pemohon hendaklah melengkapkan Permohonan Mendapatkan Salinan Penyata Keputusan Peperiksaan STPM/Ujian MUET yang dapat diperoleh dan dicetak daripada portal Majlis Peperiksaan Malaysia.
Penyata Keputusan MUET dapat diperoleh melalui cara yang berikut:


1. Pos


Bayaran perlu dibuat dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia berserta dengan salinan Kad Pengenalan. Permohonan juga perlu disertakan dengan sampul surat berukuran 23cm x 32.5cm yang beralamat sendiri dan bersetem RM2.00 berserta bar code Posdaftar dalam Negeri bernilai RM2.20.
Penyata MUET akan diposkan kepada calon dalam tempoh sehari selepas permohonan diterima oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Permohonan yang tidak disertakan dengan perkara yang diminta pada perenggan di atas akan dianggap tidak lengkap.

2. Datang sendiri ke Majils Peperiksaan Malaysia

Bayaran boleh dibuat dalam bentuk wang tunai dan pemohon akan menerima Penyata MUET dalam tempoh setengah jam selepas permohonan diterima. Salinan Kad Pengenalan calon dan wakil perlu disediakan jika pemohon meminta wakil datang ke Majlis Peperiksaan Malaysia.
Untuk mendapatkan borang Permohonan Mendapatkan Salinan Penyata Keputusan Peperiksaan STPM/Ujian MUET, sila klik di sini.

Sumber: Portal MPM

2 comments:

  1. salam,
    Apakah perbezaan antara penyata keputusan muet dengan sijil muet? adakah kedua-duanya diperlukan atau salah satu?

    ReplyDelete
  2. Apakah perbezaan antara penyata keputusan muet dengan sijil muet? adakah kedua-duanya diperlukan atau salah satu?

    ReplyDelete